Tuesday, December 1, 2009

TM perkenal cara kerja 'teleworking'

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melaksanakan konsep bekerja jarak jauh apabila 140 anggota Bahagian Jualan Korporat melaksanakan 'teleworking' untuk anggotanya daripada segmen perusahaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata sebagai pembekal perkhidmatan Internet (ISP), TM bakal menyediakan perkhidmatan teleworking ini kepada semua syarikat perusahaan yang ingin memulakan operasi bekerja dari rumah.


TM yakin usaha ini mampu mewujudkan kehidupan hijau yang mesra alam akibat pengurangan kadar pembebasan karbon daripada kenderaan.

"Beberapa penyelesaian seperti telepersidangan audio, web dan video serta suara menerusi IP (VoIP) dilakukan secara maya merentasi masa dan negara sebagai inisiatif meningkatkan persefahaman perniagaan, membentuk pemikiran positif, malah mengurangkan beban tenaga dan kewangan syarikat.

"Pilihan komunikasi yang efektif membolehkan pekerja berhubung menerusi akses jarak jauh kepada korporat, maklumat, sumber dan aplikasi yang membolehkan mereka menyiapkan tugasan di perjalanan atau di rumah," katanya.

Konsep teleworking bersesuaian dengan urus niaga terkini yang lebih menjimatkan masa bagi meningkatkan kecekapan perniagaan.

No comments: