Thursday, March 15, 2012

Sejarah Nissan Skyline GT-R

Copy Paste dari

website http://www.gtrnissanskyline.com/


Versions



1st generation (1969-1972)



The first Skyline GTR known as "PGC10" made its public debut at the 15th annual Tokyo Motor Show in 1969. It was powered by a 2.0 L DOHC S20 I6 making 160 hp (120 kW) at 7000 rpm with 118 N·m (87 ft·lbf) of torque. The power was delivered by a 5-speed manual transmission to the rear wheels. It was originally only available as a four-door sedan and was available as a coupe in March 1971 with the chassis code "KPGC10".




2nd generation (1972-1977)



The successor to the "KPGC10", came in the form of the "C110", which was released in 1973 after it made its public debut at the 1972 Tokyo motor show. the 2nd generation Skyline was powered by a 1989 cc I6 S20 engine, it delivered power to the rear wheels through a 5-speed manual gearbox. demand for high-performance sports cars in the early 1970s was not very high because a gas crisis making the second generation GTR unsuccessful . With just a total of 197 cars built by the end of its short production run.



Nissan Skyline 2000 GTSR (1985-1987) R31



In August 1985 the seventh-generation Skyline "Nissan Skyline R31 2000 GTSR" was launched and was the first to reintroduce the 6-cylinder DOHC engine. Only 800 units were built to allow homologation for Group A Touring Car racing. read more





3rd generation (1989–1994) R32 GTR



After Nissan cancelled production of the Skyline GTR in 1973, they bought the GTR back again in 1989. This time with a new 2.6 Liter Twin-turbo charged engine and an all wheel drive concept, designed by Nismo. The Nissan Skyline E-BNR32 chassis "R32" had just been designed, and was chosen as a base to build a more competitive Group A race car. It was put into production by Nissan as the R32 Nissan Skyline GTR. read more




4th generation (1995–1998) R33 GTR



The 4th generation Skyline GTR was the "E-BCNR33" shortened to "R33" made its debut in 1995 to follow on in the footsteps of the highly successful R32 model. The engine in both the R33 and R32 were nearly identical. They even used the same turbochargers and the same specification for the 5 speed manual gearbox, although the syncros were made stronger in the R33. read more




5th generation (1999–2002) R34 GTR



The next generation of skyline to hit the streets was the "GT-BNR34" known as the "R34" was released in January 1999. Nissan decided to make the R34 GTR shorter "from front to rear", plus make the front wheels closer to the front. One of the main new features added to the R34 GTR was the 5.8" LCD multifunction display in the center of the dashboard, that displays seven different live readings of engine and vehicle statistics such as turbocharger boost pressure, oil and water temperature and more. read more




6th generation (2007–present) R35 GTR



The new generation of the GTR made its public debut at the 2007 Tokyo Motor Show. It was launched to the Japanese market on the 6 December 2007, and the official U.S. launch was on July 07, 2008. Although the Nissan GTR no longer carries the "Skyline" name, it has its heritage in the Nissan Skyline GTR. Just like its big brothers the Skyline GTRs "R32, R33 and R34", the Nissan GTR has a very smart all-wheel drive system and a twin-turbo 6 cylinder engine. The traditional straight-6 "RB26DETT" engine has been replaced with a new V6 "VR38DETT". And the "HICAS" four-wheel-steering system used in previous models has been removed. read more


p/s: bila la buleh aku nk pki kete2 ni kn.. aku minat R-35 la.. Mantop... Ya Allah.. murahkan la rezki hambamu ini untuk memiliki R-35 sebuah.. Amin...

Thursday, March 8, 2012

Cetusan Hati

awak.. * Kenapa saya selalu teringatkan awk?
** Kenapa hati saya terasa RINDU kat awk?
*** Saya selalu terpikir apakah awak jodoh saya?
**** Setiap kali saya bangun tidur, mesti saya teringat dekat awak.. wajah dan
ingatan saya pada awak dulu yg muncul...
***** Bila tgk cite je sume cerita mesti ada selit2 pasal CINTA.. N saya selalu
terbayangkan saat2 cam tu bersama dengan awak..
****** Saya slalu terpikir.. Adakah awak pon sama turut merasakan apa yang saya
rasa skrang nie?

******* Kalau ditakdirkan awak adalah jodoh saya, saya terima dengan redha..
******** Kalau betul awak la jodoh saya.. semoga ALLAH S.W.T memudahkan saya untuk mendampingi awak n seterusnya menjadikan awak teman hidup saya.. AMIN..

p/s: ADAKAH INI DINAMAKAN CINTA? YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH MAHA ESA LAGI MAHA MENGETAHUI.. AKU BERMOHON PADAMU YA ALLAH.. SEKIRANYA ******* ADALAH JODOH YANG TELAH ENGKAU TETAPKAN UNTUK KU SEJAK DARI AZALI LAGI.. SATU KAN LAH HATIKU DENGAN HATINYA, PERMUDAHKAN JALAN AKU UNTUK MENIKAHI NYA, SEMOGA AKU DAN SI DIA MENDAPAT BERKAT DARIMU UNTUK MEMBINA MASJID... TETAPI YA ALLAH.. JIKA DIA BUKAN JODOH KU.. JAUHKAN LAH DIA DARI FIKIRAN KU, DARI INGATAN KU, DARI PERASAAN DAN HATI KU.. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Wednesday, March 7, 2012

PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN
Renungan bersama – http://bit.ly/wZgnHf
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

2. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

3. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

4. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

5. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

6. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

7. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

8. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

9. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

10. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

11. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

12. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

13. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

14. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

15. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

16. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

17. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

18. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci

19. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci...

Friday, March 2, 2012

Kekayaan 40 individu cecah RM192 bilion
Oleh Shahrizan Salian

2012/03/02


NILAI gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.

Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.
Jutawan Robert Kuok masih mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya Malaysia dengan nilai kekayaan bersih AS$12.4 bilion (RM37 bilion) meskipun jumlah itu menurun sedikit daripada AS$12.5 bilion (RM37.5 bilion) setahun sebelumnya.
Kuok, 88, yang mempunyai empayar perniagaan meliputi gula, sawit, perkapalan dan hartanah menguasai kedudukan itu sejak 2006 ketika Forbes Asia memulakan senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya itu.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai kekayaan bersihnya meningkat AS$400 juta (RM1.2 bilion) kepada AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion).

Beliau kini sedang meluaskan portfolio perniagaan berkaitan tenaga di Malaysia, Asia Selatan dan Asia Barat dalam satu urus niaga yang boleh menjana sehingga AS$2 bilion (RM6 bilion), manakala Maxis Communications yang dikuasainya baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G bersama syarikat pesaingnya, UMobile.

Di tempat ketiga ialah Puan Sri Lee Kim Hua, iaitu isteri kepada pengasas kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong serta keluarga yang nilai kekayaan bersihnya susut 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion (RM19.5 bilion).
Keluarga yang menjadi tulang belakang empayar Genting itu sedang menjadi bahan berita berikutan beberapa cubaan berprofil tingginya untuk mengembangkan operasi ke Amerika Syarikat (AS).

Tan Sri Lee Chin Seng, individu yang membina IOI Group menjadi antara pengeluar sawit terbesar dunia pula mengekalkan kedudukannya di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion), meningkat AS$200 juta (RM600 juta) daripada tahun lalu.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang berada di tempat ketujuh, mengekalkan kedudukannya sebagai orang Melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersihnya berjumlah AS$3.3 bilion (RM9.9 bilion).

Tiga pendatang baru membuat kemunculan sulung dalam senarai itu, dengan paling menyerlah ialah Tan Sri Dr Ninian Mogan Lourdenadin, seorang doktor bertauliah yang menjadi hartawan peruncitan yang menduduki tempat ke-22 dengan nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ialah Gooi Seong Lim, di tempat ke-34 dengan kekayaan bersih AS$220 juta (RM660 juta). Beliau menerajui Crescendo, sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah.

Ng Joo Siang, usahawan berusia 52 tahun yang mengambil alih perniagaan keluarga, Pacific Andes International Holdings daripada bapanya juga membuat kemunculan sulung dalam senarai itu dengan berada di tempat ke-37 dengan nilai bersih AS$185 juta (RM555 juta).

Dua individu pula membuat kemunculan semula iaitu Pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, Tan Sri Kua Sian Kooi dan Pengerusi Malayan United Industries Bhd, Tan Sri Dr Khoo Kay Peng.

Rakyat Malaysia terbaru yang memasuki kelompok individu dunia yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion pula ialah adik beradik Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian yang menguasai syarikat sawit dan kimia, Batu Kawan.

Secara keseluruhannya, 21 daripada jutawan Malaysia dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat, 12 menyusut, manakala dua orang tidak berubah.

Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta (RM375 juta) tahun lalu.