Bajet 2010-
1-Pelepasan cukai pendapatan diberikan kepada individu bagi perbelanjaan langganan
jalur lebar sehingga RM500 setahun (tahun 2010-2012)
2-Pengurangan kadar cukai maksimum bagi cukai pendapatan individu sebanyak 1% dari
27% kepada 26%
3-Pelepasan diri dan saudara tanggungan bagi cukai pendapatan individu dinaikkan
sebanyak RM1,000 dari RM8,000 ke RM9,000
4-Mulai 1 Januari 2010, Perintah Pengecualian Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah
dibatalkan berikutan pengeluaran Perintah Pengecualian baru.Oleh itu,transaksi
pelupusan harta tanah akan dikenakan CKHT berdasarkan kadar-kadar tertentu
(KECUALI beberapa keadaan tertentu)
5-Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS/SME) yang membuat perbelanjaan bagi tujuan
mendaftar paten dan cap dagangan dalam negara diberi potongan dalam pengiraan
cukai pendapatan (tahun 2010-2014)
6-Pelepasan cukai individu sebanyak RM6,000 untuk caruman KWSP dan pembayaran
premium insurans hayat dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM7,000 JIKA hanya
terdapat kenaikan pembayaran premium/premium tambahan untuk polisi Skim Anuiti
No comments:
Post a Comment