Tuesday, December 1, 2009

Acer teruja keunggulan Windows 7

PENGELUAR komputer peribadi (PC) terkemuka, Acer teruja dengan inovasi baru diperkenalkan Microsoft dan mahu menghasilkan produk yang setanding dengan kecanggihan sistem operasi itu.

Ketua Mudah Alih dan Persisian Acer Sales & Services Sdn Bhd, Low Gah Luen, berkata Windows 7 memenuhi kehendak pasaran yang tinggi dalam senario perkomputeran.


"Kami di Acer percaya pengenalan sistem operasi baru Microsoft mampu memenuhi permintaan industri berdasarkan pencapaian mereka yang baik dalam penghasilan produk," katanya.

Katanya, Acer mengharapkan usaha sama antara syarikat itu dan Microsoft akan terus memacu pasaran pengguna pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood, berkata Microsoft memperkenalkan pengalaman mudah, pantas dan responsif kepada pengguna di Malaysia.

"Kami harapkan lebih enam juta rakyat di negara ini menukar sistem mereka kepada Windows 7 dalam tempoh 12 bulan," katanya.

Windows 7 dijual pada harga RM525 untuk versi penuh Home Premium, RM855 untuk versi penuh Professional dan RM903 untuk versi penuh Ultimate.

No comments: