Thursday, December 3, 2009

Program Diploma Politeknik...

P20 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

SINOPSIS


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaikpulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja amali di sepanjang tempoh program. Kurikulum program ini mengandungi modul Sistem Digital, Pengukuran dan Pengalatan Elektronik, Sistem Pemprosesan mikro, Akitektur Komputer, Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikropemproses Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Rekabentuk Litar Bersepadu, Diagnosis & Senggaraan Sistem Komputer dan Projek.Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.



PROGRAM INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:

Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Port Dickson, Politeknik Seberang Perai , Politeknik Sultan Azlan Ahah


P25 - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

SINOPSIS



Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja amali di sepanjang tempoh program. Program ini menawarkan modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikropemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, E-Dagang dan Pengurusan Perisian. Modul-modul elektif seperti Prinsip Mikropemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.




PROGRAM INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:

Politeknik Ungku Omar, Politeknik Johor Bahru, Politeknik Seberang Perai

No comments: