Tuesday, December 27, 2011
Ferguson laung amaran pada Man. City
MANCHESTER: Alex Ferguson melaungkan kata-kata kepada Manchester City: Kamu tidak boleh membeli mahkota kejuaraan kami.
City membelanjakan 400 juta pound (RM2 bilion) sejak Sheikh Mansour mengambil alih pada Ogos 2008 - berbanding 26 juta pound (RM130 juta) yang dibelanjakan oleh United.
Membeli beberapa pemain terkemuka dunia boleh membantu meraih penghormatan, ia tidak semestinya membantu jadi juara. - Alex Ferguson, Pengurus Manchester United
Tetapi bos United itu berkata: "Ya, duit boleh membeli kejayaan seperti yang kita saksikan apabila Chelsea tiba-tiba memiliki banyak wang.
"Dan kita juga menyaksikan perkara sama di Manchester City apabila mereka dimiliki oleh pemilik yang kaya raya.
"Pengaruh itu membantu mereka berada di persada liga dan menjadikan mereka pilihan untuk memenangi kejuaraan.
"Tetapi, sementara membeli beberapa pemain terkemuka dunia boleh membantu meraih penghormatan, ia tidak semestinya membantu kamu - kerana saya berharap akan dapat membuktikan sebelum akhir musim faktor lain akan turut memainkan peranan.”
Peminat United mendesak Ferguson memasuki pasaran perpindahan tahun baru, dengan kecederaan yang melanda United menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Piala Carling.
Dia berkata: "Jika ada pemain yang benar-benar berkelas dunia berada dalam pasaran perpindahan, kami akan cuba mendapatkannya.
"Atau jika terdapat pemain yang mengalami kecederaan serius, ia mungkin penting bagi menambah skuad kami,”
Saturday, December 24, 2011
Takdir Ilahi
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
Seandainya..
betapa dalamnya cintaku,
pasti kau tdk akn membisu,
m'biarkn ak merindu.
Andainya kau tau lantaran rindu pdamu,
ak terkeliru..
diriku bagai d angin lalu..
Sunday, December 18, 2011
Sunyi...
Dan tiba masa nya sume kembali seperti biasa..
Yang aku maksudkan kehadiran insan istimewa daripada kampung adalah kehadiran nenek ku d rumah mak aq ini bersama 2 org sepupu ku yg comel2... syafiq dan haikal(abg ngah)..
Riuh rendah umah selama 3 minggu ini.. terutama skali abg ngah.. die yang paling aktif dan buatkan suasana di rumah aku ni x kesunyian..
Malam tadi sume nye sudah balik ke kampung.. dan aku hantar mereka ke Hentian Putra..
yg Besh nya kejadian malam td siap main kejar2 dgn bas.. hehe tertinggal bas..
hahahhaaa... Letih kejar bas.. apa pun pagi ni aku bangun sume nya kembali seperti sedia kala..
Thanks to my Nenek n Spupu2 aku yg datang cni...
bila lg la dorg nk dtg kn...
peace..!!!
Thursday, December 8, 2011
mimpi bertemu si dia
Friday, November 25, 2011
Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah s.a.w.
Monday, October 3, 2011
RAWATAN QURANI
PERAWAT : USTAZ MOHD AZMAN JUSAN
ADAKAH ANDA MENGHADAPI KEADAAN YANG SERUPA ?
TESTIMONI PUAN ROHANA ABU HASSAN
Nama saya Puan Rohana bt Abu Hassan,berusia 37 tahun dan menetap di puncak alam.Sebelum menerima rawatan, saya telah mengalami pelbagai ujian dari Allah.Pada mulanya saya disahkan Mengidap ketumbuhan di payu dara dan perlu menjalani pembedahan segera,tetapi ketumbuhan hilang. Setelah mendapat rawatan tradisional.Kemudian diikuti penyakit di dalam perut yang menyebabkan Saya terpaksa menjalani pembedahan.Ujian yang paling besar yang saya hadapi ialah lumpur seluruh badan dan dimasukkan ke hospital.Pelbagai ujian yang telah dilakukan oleh pihak hospital,akhirnya doktor menasihati saya agar mendapatkan rawatan tradisional kerana tiada pemulihan berlaku.Akhirnya Saya bertemu dengan Ustaz Azman,apabila dibongkar,rupa-rupanya saya diganggu oleh sihir yang pernah menganggu kedua ibu bapa saya dahulu. Jin yang berbelas ekor telah mendiami tubuh saya hampir 29 tahun lamanya yang berniat untuk membunuh saya secara perlahan-lahan dengan merosakkan sistem badan saya.Kaedah dan nasihat yang diberikan oleh ustaz Azman,saya lakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.saya sihat seperti sediakala,malahan dengan izin Allah saya lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Untuk mendapatkan maklumat mengenai beliau lanjut hubungi 0123680542 .
Kenali samada anda diganggu jin atau tidak ?Tanda-tanda anda diganggu jin saka atau sihir iaitu kerap sakit kepada,bahu,sengal dibahagian belakang.bisa-bisa badan,lemah tubuh badan dan emosi tidak stabil .Tanda-tanda ketika tidur,kerap mimpi binatang berbisa dan buas,mimpi jatuh dari tempat tinggi, kerap bermimpi dengan orang tertentu yang menawarkan sesuatu pada anda.Banyak lagi tanda-tanda lain yang tidak dinyatakan di sini
ANDA BERMASALAH DAN PERLUKAN RAWATAN ATAU INGIN BELAJAR KAEDAH RAWATAN QURANI ? SILAHUBUNGI MUHAMMAD NAIM AWANG BIN RAZALI | HP:013-3588383
LAYARI BLOG : http: //rawatanqurani.blogspot.com.
Alamat : Kami sedia membantu anda samada datang ke tempat anda atau anda datang ke No 9,Jln Semarak 2B,Bandar Utama Batang Kali, 44300 Hulu Selangor , Selangor D.E
Friday, September 30, 2011
Petua Imam Syafi'e....
Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
* Ni aku kopi paste je kat blog kawan aku... Harap dapat berkongsi ngan korg sume..
Thursday, September 29, 2011
Sekadar Renungan bersama..
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )
Wednesday, September 14, 2011
Salam Eidulfitri...
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Dan Batin...
Tahun ni beshhhh gile raye... Seronok jew ak nengok sepupu sepapat aku ni beraye... mne x nyer... dorg ni budak2 lg.. paling besar pon darjah 3... mmg seronok la... Actually.. dorg ni kire batch kedua (sepupu sepapat aku).. Aku batch pertama.. yg paling tua dlm keluarga sebelah mak aku..
aku yg pertama la kire cucu kepada nenek sebelah omak den.. dan smpi SPM.. mcm tu la.. aku pon x bpe nk hingat sgt.. then batch kedua strt umo darjah 3.. hehe...
Yang menarik nyer.. aku seronok gile tgk dorg ni berlawan lawan.. mengumpul duet raye... balik je dr umah jiran.. sibuk2 bukak sampul duet raye then kire duit.. bpe org tu bagi.. hahahaha... Ada yg x sempat smpi umh pon.. otw balik da bukak kire siap2 bpe dapat duet raye... hahhaha...
terkenang zaman aku budak2 dulu.. macam tu la jugak... bergaduh sape paling banyak dapat duet raye... kekekke.. mmg seronok gile la... Tp zaman la ni aku tgk.. x la semeriah zaman aku kocik2 dulu... mne x nyer.. bile aku tgk dorg nye duet raye tu kadang sian je.. SIKIT.. muahahhaaa... x macam aku kocik2 dulu... kalau x sampai rm500 x sah.. hehe...
Kayo den maso tuh.. hehe mmg seronok gile.. Tp almaklum la.. kire ok lg la ad org nk bg duet raye zaman skunk nih...(walaupon sikit..) hahaha...
Tetamu yg datang kat umh nenek aku x putus3.. dr pagi smpi malam.. 3 hari berturut2.. ramai betul sedara mara datang beraya.. xsempat g mne2.. hihi.. Malam hari ke 3 tu aku da kne balik Keyel.. disebabkan atas urusan kerja.. (sedey :(( ) Beraye kejap je kat kg.. hihi..
Lepas da smpi keyel.. mula terase boring.. sbb nyer budak2 x semeriah kat kg.. sbb sume kat kmpg sedara mara ada... hahha..
ap la aku merepek ni.. rajin plak nk taip rini.. kekekke...
K la aku cau dulu.. t aku smbg lagik yew..
Thursday, August 4, 2011
Kebosanan bile Kerja
Macam mne tu?? hmmm ad pon mcm xde je... wat hal sndr2 atau pon mase keje kitorg x sama.. ap la kn.. aishhh... ntah.. hari demi hari ak memikirkan smpi bila harus ak jadi begini.. niat d hati ingin membuat bisnes.. sendiri tokey.. sendili kuli... hasishhh kumpol modal dulu... pas da cukup ak ingat ak nk jayakan niat ak ni.. semoga niat ak ini dirahmati Allah s.w.t... bukan pe.. rezki dr berniaga ini adalah 9/10 daripada 10/10. hanya 1/10 sahaja selain dr itu.. ak ingin juga mencuba untuk memulakan perniagaan ak sendiri suatu hari nnti.. insyallah..
mudah mudahan aku dapat memulakan bisnes ak ini.. amin...
sekian saje post ak kali ini.. hehe tata..
Tuesday, August 2, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak '11
Kepada semua umat islam di dunia dan di malaysia am nya... aku ingin memohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut andai ada membuat anda terasa hati dengan ak dalam menulis blog di ruangan ini...
Aku juga ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun ini.. semoga kite beroleh pahala yg banyak pada puasa tahun ini.. amin...
Tuesday, May 17, 2011
Berani Untuk Gagal
Berani Untuk Gagal
Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan, kerana ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan. Kejayaan selalu didapatkan bagi seorang yg berfikir bahawa hidup adalah ujian.
Kegagalan…. sebuah kata yang kita tidak ingin mengalaminya, tapi seringkali datang menghampiri. Sebuah kata yang tidak ingin kita temui, tapi sering kali kita hadapi.
Berbagai wajah menampakkan kegagalan. Target yang tidak tercapai, keinginan yang tidak terlaksana, atau doa yang tak kunjung dikabulkan. Dilihat dari sudut pandangan fakta, kegagalan memang terasa pahit bahkan mungkin menyakitkan.
Betapa tenaga yang telah dikeluarkan, waktu yang telah terkorbankan, segenap usaha yang runtuh tetapi tidak mendatangkan hasil. Semua itu jelas bukan sesuatu yang boleh dipersepsikan sebagai sebuah kejayaan yang tertunda dimana seseorang boleh tersenyum semasa melihat kemunculannya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al baqarah : 216)
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” (Al-Insyirah :6)
Perkataan “Berjaya dan Gagal” diibaratkan sebagai makanan asa manusia. Kata tersebut yang mencetuskan peribahasa “sudah banyak makan garam” iaitu sebutan bagi orang yang telah berpengalaman menjalani hidupnya. Kegagalan adalah proses berkali-kali menuju keberjayaan.
Dalam hidup ini, banyak orang yg gagal kerana tidak menyedari betapa mereka sudah mendekati sukses di saat mereka menyerah. (Thomas A. Edison)
Thomas Edison dikenali dari kegagalan pada mulanya disebalik kejayaannya dalam membuat lampu. Orang yang sukses adalah orang yang mahu berubah kerana orang yang sukses bersedia berkorban jiwa dan raga untuk menemukan seribu cara untuk tidak gagal.
Kegagalan yang tidak boleh berulang untuk yang kesekian kalinya. Mereka memiliki tekad yang gigih untuk meraih apa yang diinginkan mereka. Seperti pepatah mengatakan bahawa berakit rakitlah ke hulu, berenang kemudian yang berarti bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Peribahasa itulah yang sesuai sekali untuk istilah Gagal dan Sukses.
“Do it repeatly”.
Perkara terpenting adalah proses menuju kejayaan. Jangan pernah berhenti pada kegagalan yang ke-1000 kalinya, kerana yang ke-1001 kalinya kemungkinan adalah kesuksesan anda. Jika anda berhenti, maka anda akan menyesal selama lamanya.
Itulah yang disebut dengan fokus pada mimpi indah, tujuan hidup atau impian anda sendiri.Dan jangan meremehkan satu atau dua langkah anda, kerana tanpa satu atau dua langkah, takkan pernah ada seribu langkah anda.
Syukurilah apa yang ada, kerana hidup adalah anugrah terindah dari Tuhan. Anda harus yakin bahawa apapun yang diberikan Tuhan. pada kita adalah yang terbaik bagi kita semua.
Anda tidak akan pernah menyedari bahawa yang tadinya ulat berbulu, kini menjadi kupu kupu indah yang terbang ke sini sana. Anda juga tidak pernah menyedari bahawa kaktus dan pohon mawar yang awalnya berduri kini mengembang bunganya. Bunga yang indah yang dihinggapi kupu-kupu cantik. Itulah makna dari sebuah kegagalan dan kejayaan.
Yakinlah kesukaran itu akan berlalu, masa-masa susah itu tidak akan sia-sia jika kita lalui dengan jiwa perkasa dan hati yang teguh. Bahkan, kita akan menjadi orang-orang yang matang dan bijak melebihi usia kita. Kita hanya perlu menghadapinya dengan tabah dan hati yang mantap.
Apa yang dulu yang pernah kita cita-citakan dalam hidup, yakinlah bahawa suatu saat nanti kita pasti boleh meraihnya. Percayalah akan kemampuan diri kita. Kita hanya perlu bersabar menjalani untuk sampai pada tujuan kita.
Tapi percayalah, jika hari ini kita belum boleh meraihnya, yakinkan diri bahawa esok kita pasti boleh meraihnya. Jika esok belum dapat diraih, jangan pesimis, selama kita masih hidup, selama kemahuan itu masih kita jaga dan pertahankan, Insya Allah suatu hari nanti, kita akan tampil juga di puncak kegemilangan seperti yang pernah kita citakan dahulu.
“Selama cita-cita dan kemahuan kuat untuk mencapainya masih anda jaga, yakin dan percayalah bahawa suatu hari nanti cita-cita itu akan berada dalam genggaman anda.”
Saturday, May 7, 2011
Happy Mother Days
Hampir lama aku tidak update bog aku nih...
hari ini 07/05/2011... adalah hari sabtu.. cuti2 hari minggu yg amat2 aku nanti kan dan impikan.. hehehe buKan apa... setelah bekerja seminggu.. tiba masa untuk berehat.. oleh kerana tempat keje aku dan umah begitu jauh.. adalah dalam sejam perjalanan.. jauh tu.. kebas pungkoq2.. hehe
Apabila tiba nya hari cuti di hujung minggu sebegini amatlah aku hargai dengan macam2 aktiviti.. yg pastinya... tdo sepuas2 nya.. lepas tido.. bangun tercangak depan tv tgk tv smpi busan... haisss.. ingatkan bile meluangkan masa depan tv ni lepas la busan aku berkeja seminggu.. rupenye.. tensen jugak aku ngan tv nih.... bukan apa.. tv ni time2 hari minggu ni aku nk la tgk cite2 besh.. citer2 menarik... haiiihh... tv percuma tu aku nengok ad gak la cite yg besh tp malang nya x menarik... itu aku x kesah la lg an... yg buatkan aku bengang nyer.. aku ada melayari sebuah stesen berbayar.. ini stesen ha... banyak punya syial la... aku langgan stesen ni aku nk tgk cite - cite yg menarik....
x habis-habis cite indon.. cite seberang.. macam gampang... haishh.. aku pon xtau la ap dalam pikiran pengusaha stesen berbayar ni... jgn la harapkan keuntungan semata2... pikir kan la duet yg telah di laburkan oleh pelanggan2 yg melanggan stesen radio anda.... cerita2 seberang aku tahu la murah2 belaka.. dan senang2 je utk bawa masok dalam rangcangan tv2 di malaysia ni.. aku harap suatu hari nnti stesen tv ini akan sedar bahawa Malaysia adalah negara yg diduduki oleh kaum Melayu, yg keseluruhan nya adalah penduduk terbesar di Malaysia... bukan nya INDON... benging la.. nk marah sapa lah aku nih... hanya insan kerdil yg mampu meluahkan rasa tidak puas hati melalui laman sosial dan blog...
ini sajalah tmpt nk luahkan rase2 yg terbuku dlm hati.. ish2... harap dorg sedar...
Sempena hari Pekerja pada 1 mei lepas.. aku nk wat ucapan sikit lah.. pedulik apa.. ni blog aku.. suka ati aku la nk wat ucapan bile2 mase je aku cuke.. hehehe Seamat menyambut Hari Pekerja kepada Semua pekerja2 d Dunia... truskan lah berusaha demi kemajuan Diri, Bangsa Dan Agama... \
hmmm x silap aku bie erk ari ibu.. ari ni ke.. xpe la x ingat a aku hari ibu tu bile... walauapa pun... aku nk ucapkan selamat ari ibu kepada semua IBU ibu d dunia ini yg telah mendidik dan membesarkan anak-anak dengan susah payah.. JASA MU AKAN KU KENANG DAN BALAS... kepada mak aku sndri.. Selamat hari ibu... terima kasih kerana telah membesarkan aku selama ini.. Aku xkan melupakan semua jasa dan pengorbanan mu sehingga akhir hayat ku...
Thanks My moms... Happy Mother Days...
Thursday, March 24, 2011
6 Sifat Wanita yg Dilarang utk Dikahwini Oleh Rasulullah S.A.W
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
Tuesday, March 22, 2011
Messi, Mourinho terima gaji termahal
2011/03/22
PARIS: Lionel Messi dan Jose Mourinho dinamakan sebagai pemain dan pengurus yang menerima pendapatan tertinggi dalam sukan bola sepak, menurut kaji selidik majalah France Football.Messi, pemain Terbaik Dunia dua kali yang beraksi bersama Barcelona itu memperoleh 31 juta Euro hasil gaji dan perjanjian publisiti pada 2011.
Mourinho pula yang kini membimbing Real Madrid menjadi pengurus paling tinggi pendapatannya mencecah 13.5 juta Euro.
Pendapatan Messi bagaimanapun masih jauh jika dibandingkan dengan bintang golf, Tiger Woods yang menerima pendapatan 53 juta Euro, sekali gus menjadikannya ahli sukan yang menerima pendapatan termahal di dunia.
Pesaing terdekat Messi dalam sukan bola sepak ialah seorang lagi bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan pendapatan 27.5 juta Euro, diikuti pemain Manchester United, Wayne Rooney di tempat ketiga dengan 20.7 juta Euro.
Bersama Mourinho di kedudukan teratas ialah pengurus Barcelona, Pep Guardiola (10.5 juta Euro) dan bekas jurulatih Inter Milan, Raphael Benitez (10.2 juta Euro).
Tempat keempat ialah pengurus England, Fabio Capello dengan gaji 8.5 juta Euro. - AFP *copy paste jee *
Tuesday, March 15, 2011
Radiasi loji Jepun terlepas ke atmosfera: IAEA
VIENNA: Jepun sudah memberitahu badan pemantauan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa bahan radioaktif terlepas "secara terus" ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan ia sudah memandam kebakaran di kolam penyimpanan sisa bahan api di situ.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun pada 0350 GMT, menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.
Ia tidak menyatakan butiran atau perbandingan tahap radiasi tetapi menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah.
“Pihak berkuasa Jepun menyatakan terdapat kemungkinan bahawa kebakaran itu disebabkan letupan hidrogen," menurut IAEA dalam satu kenyataan hari ini. - Reuters
Kadar radiasi di Tokyo menurun
2011/03/15
TOKYO: Kadar radiasi di Tokyo menurun di bawah paras normal, pada sebelah petang hari ini, susulan pembebasan radiasi daripada gempa bumi yang turut menjejaskan loji jana kuasa nuklear negara itu.Pegawai kerajaan Jepun, berkata ia dikesan pada catatan 0.809 micro-sievert antara jam 10 dan 11 pagi tadi di ibu kota negara itu, kira-kira 250 kilometer barat daya daripada loji Fukushima di pesisir pantai Pasifik.
Saturday, February 26, 2011
Hidup berseorangan
boring la pulak ari minggu ni x kuar g mne.. nk kuar sorg2 pon busan gak... rakan2 sume ad hal masing2.. aku je la yg free sabtu ahad macam ni.. haishhhh,...
on9.. on9.. xdak keja lain.. nk kuar ngan awek pon.. awek xdak... bujang n single la kata kan skunk nih.. duk je la umah layan Sketsa raja lawak 5 ni ha...
kalau xda mencari.. klu ada pening pala.. apa kejadah nya sume nih.. aku pon xtau.. hehe
k la..abih da aku mengarut nih.. lame x post an.. saje nk wat mcm idup je blog ni.. ap ada hal.. blog sendiri an.. huhu