Ferguson laung amaran kepada Manchester City
MANCHESTER: Alex Ferguson melaungkan kata-kata kepada Manchester City: Kamu tidak boleh membeli mahkota kejuaraan kami.
City membelanjakan 400 juta pound (RM2 bilion) sejak Sheikh Mansour mengambil alih pada Ogos 2008 - berbanding 26 juta pound (RM130 juta) yang dibelanjakan oleh United.
Membeli beberapa pemain terkemuka dunia boleh membantu meraih penghormatan, ia tidak semestinya membantu jadi juara. - Alex Ferguson, Pengurus Manchester United
Tetapi bos United itu berkata: "Ya, duit boleh membeli kejayaan seperti yang kita saksikan apabila Chelsea tiba-tiba memiliki banyak wang.
"Dan kita juga menyaksikan perkara sama di Manchester City apabila mereka dimiliki oleh pemilik yang kaya raya.
"Pengaruh itu membantu mereka berada di persada liga dan menjadikan mereka pilihan untuk memenangi kejuaraan.
"Tetapi, sementara membeli beberapa pemain terkemuka dunia boleh membantu meraih penghormatan, ia tidak semestinya membantu kamu - kerana saya berharap akan dapat membuktikan sebelum akhir musim faktor lain akan turut memainkan peranan.”
Peminat United mendesak Ferguson memasuki pasaran perpindahan tahun baru, dengan kecederaan yang melanda United menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Piala Carling.
Dia berkata: "Jika ada pemain yang benar-benar berkelas dunia berada dalam pasaran perpindahan, kami akan cuba mendapatkannya.
"Atau jika terdapat pemain yang mengalami kecederaan serius, ia mungkin penting bagi menambah skuad kami,”
No comments:
Post a Comment