Friday, October 15, 2010

Spekulasi Mengenai RON 95

RON stands for Research Octane Number.
Octane number or octane rating refers to the gasoline ability to withstand auto ignition (knocking) inside the engine. Higher octane number refers to higher ability of the oil to fight auto ignition.
In other words, it means that RON95 is harder to ignite compared to RON92.
Higher octane number oil is basically designed for high performance vehicles such as sport vehicle and racing vehicle. Why is that so? This is to avoid premature ignition of oil inside the engine because of auto ignition, which happens before the spark plug ignite the fuel. This phenomenon is known as knocking.
It is a in-correct to think that RON97 petrol are able to produce more power than RON92.
In fact that a higher RON number actually means the fuel combusts less easily! If you engine does not require RON97 and can work on RON95, pumping RON97 will likely only result in a waste.
Salam semua
Nota - entry ini mungkin menimbulkan kontroversi, jadi bersedialah dengan hujah-hujah yang difikirkan perlu!!!
Rakyat Malaysia terlalu gemar membuat spekulasi, teori, telahan dan kadang-kadang tidak masuk akal , semata-mata berpandu apa yang nampak dengan mata kasar.
Teori yang paling mudah dan selalu kita dengar ialah :
1- Kereta buatan Malaysia paling banyak kemalangan.
Jawapan : Memanglah banyak jika dibandingkan nisbah kereta Malaysia dan kereta asing di negara ini.
Contoh : Andaikan ada 1 juta kereta buatan Malaysia di negara ini, dalam setahun 100,000 kemalangan, bermakna, 10 peratus kereta Malaysia terbabit kemalangan.
Andaikan ada 10,000 kereta BMW di negara ini, dalam setahun 1000 kemalangan, bermakna, juga 10 peratus kereta BMW terbabit kemalangan.
2. Perkara yang sama boleh ditukarkan statistik dalam kes kecurian kenderaan. Nisbah kereta Malaysia yang banyak menampakkan seolah-olah kereta Malaysia senang dicuri.
Bagaimanapun, memang kereta Malaysia adalah kegemaran penyangak, kerana ada ramai ’pembeli’/banyak permintaan bersesuaian dengan banyaknya kereta itu.
Jika penjenayah mencuri ‘Hummer’ , kepada siapa mereka nak jual pintu, bumbung, bonet Hummer itu?
3. Teori terbaru dan sering diperkatakan sekarang ialah mengenai petrol RON 95.
Soalan saya kepada anda :
1- mana anda tahu dan yakin, kereta yang terbakar itu menggunakan RON 95?
2- dalam banyak-banyak kenderaan yang terbakar, anda pasti ke ianya terbakar berpunca dari petrol?
3 – tahukah anda, kebanyakan kes kebakaran kereta, sebenarnya berlaku akibat litar pintas – semuanya hasil kreativiti rakyat Malaysia yang amat gemar menyambung, menyilang dan ‘menambah baik’ sistem pendawaian terutama sistem audio di dalam kenderaan mereka.
4 – tahukah anda, ‘spark’ dari bateri yang ‘terusik’ ketika kemalangan juga boleh mengakibatkan kebakaran
5. dalam beberapa kes yang berlaku, geseran logam /badan kenderaan di atas jalan mungkin akibat gandar tayar yang patah, mampu menerbitkan ‘spark’ yang boleh mengakibat kebakaran.
6 – beritau saya, petrol mana yang tidak akan terbakar jika terkena api/percikan api.
7 – tahukah anda, RON 95 digunakan di semua tempat seluruh dunia, tetapi di Malaysia , ia terlalu digembar gemburkan mengenainya.
8 – jika anda terlalu sibuk untuk mengeluarkan berbagai teori, malah ada yang mahu diadakan kajian, biarlah saya jelaskan – kajian yang akan diadakan itu sebenarnya anda boleh buat sendiri. Bagaimana caranya, saya tak perlu jelaskan. Jika anda tau bagaimana bermain api, maka ikutlah cara itu.
9 – sebelum saya simpulkan, apakah sebenarnya yang menyebabkan orangramai beria-ia mendakwa RON 95 senang /mudah menyebabkan kebakaran, biar saya berikan 1 senario ini:
Masih ingat tentang berbagai SMS berantai yang selalu anda terima dan mungkin ada lagi yang menerimanya?
Masih ingat, betapa murahnya hati anda, sebenarnya mengayakan syarikat TELCO semata-mata anda forwardkan berbagai SMS seperti ini:
“Hantar SMS ini kepada 10 rakan anda, pasti anda akan berbahagia…”
atau
“Syeikh Temberang pernah berkata, barangsiapa tidak mengingatkan rakannya, betapa bertegur sapa itu, memutuskan silaturrahim, maka dia akan ditimpa musibah. Sila sebarkan kepada 100 rakan anda sebagai tanda anda bertegur sapa…”
atau
entah-apa lagi yang mengarut.
Anda tahu kenapa SMS itu wujud?
Semata-mata untuk ‘menyedut’ kredit anda untuk di’tabungkan’ kepada TELCO anda.
Jadi, teori saya pula mengenai RON 95 yang kononnya mudah menyebabkan kebakaran ialah:
Ia mungkin dicipta (mungkin, bukan tuduhan, tetapi teori) ianya dicipta oleh pakar-pakar perang saraf/konsultan syarikat minyak sendiri, supaya anda membeli RON 97, supaya mereka akan mendapat ‘cash-flow’ yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih banyak.
It is a in-correct to think that RON97 petrol are able to produce more power than RON92. In fact that a higher RON number actually means the fuel combusts less easily! If you engine does not require RON97 and can work on RON95, pumping RON97 will likely only result in a waste.
Tahukah anda, bahawa Malaysia merupakan negara yang paling tinggi di dunia kadar kemalangan jalanraya dan kadar kematian tertinggi?
…DI DUNIA, BUKAN DIA ASIA TENGGARA.

No comments: