Thursday, March 24, 2011

6 Sifat Wanita yg Dilarang utk Dikahwini Oleh Rasulullah S.A.W

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Tuesday, March 22, 2011

Messi, Mourinho terima gaji termahal

2011/03/22

PARIS: Lionel Messi dan Jose Mourinho dinamakan sebagai pemain dan pengurus yang menerima pendapatan tertinggi dalam sukan bola sepak, menurut kaji selidik majalah France Football.

Messi, pemain Terbaik Dunia dua kali yang beraksi bersama Barcelona itu memperoleh 31 juta Euro hasil gaji dan perjanjian publisiti pada 2011.

Mourinho pula yang kini membimbing Real Madrid menjadi pengurus paling tinggi pendapatannya mencecah 13.5 juta Euro.

Pendapatan Messi bagaimanapun masih jauh jika dibandingkan dengan bintang golf, Tiger Woods yang menerima pendapatan 53 juta Euro, sekali gus menjadikannya ahli sukan yang menerima pendapatan termahal di dunia.

Pesaing terdekat Messi dalam sukan bola sepak ialah seorang lagi bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dengan pendapatan 27.5 juta Euro, diikuti pemain Manchester United, Wayne Rooney di tempat ketiga dengan 20.7 juta Euro.

Bersama Mourinho di kedudukan teratas ialah pengurus Barcelona, Pep Guardiola (10.5 juta Euro) dan bekas jurulatih Inter Milan, Raphael Benitez (10.2 juta Euro).

Tempat keempat ialah pengurus England, Fabio Capello dengan gaji 8.5 juta Euro. - AFP *copy paste jee *

Tuesday, March 15, 2011

Radiasi loji Jepun terlepas ke atmosfera: IAEA

2011/03/15
VIENNA: Jepun sudah memberitahu badan pemantauan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa bahan radioaktif terlepas "secara terus" ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan ia sudah memandam kebakaran di kolam penyimpanan sisa bahan api di situ.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun pada 0350 GMT, menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.

Ia tidak menyatakan butiran atau perbandingan tahap radiasi tetapi menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah.

“Pihak berkuasa Jepun menyatakan terdapat kemungkinan bahawa kebakaran itu disebabkan letupan hidrogen," menurut IAEA dalam satu kenyataan hari ini. - Reuters

Kadar radiasi di Tokyo menurun


2011/03/15

TOKYO: Kadar radiasi di Tokyo menurun di bawah paras normal, pada sebelah petang hari ini, susulan pembebasan radiasi daripada gempa bumi yang turut menjejaskan loji jana kuasa nuklear negara itu.

Pegawai kerajaan Jepun, berkata ia dikesan pada catatan 0.809 micro-sievert antara jam 10 dan 11 pagi tadi di ibu kota negara itu, kira-kira 250 kilometer barat daya daripada loji Fukushima di pesisir pantai Pasifik.

Paras normal adalah 0.035-0.036 micro-sievert